HOME

Husna Creations  mula aktif pada tahun 2016. Di peringkat permulaannya beliau hanya menjadikan seni kraf bunga ini sebagai hobi mengisi masa lapang,namun beliau melihat bidang ini berpotensi besar untuk dikomersialkan lantaran itu beliau mula menubuhkan syarikat Husna Creations.

Puan Husna yang juga merupakan penulis buku “Kraf Bunga daripada Beg Plastik” terbitan PTS dan “Variasi Seni Kraf Tisu” terbitan Alaf 21 sangat mementingkan kesenian dalam penghasilan produk.Syarikat Husna Creations mempunyai dua orang staff tetap dan beberapa orang staff sambilan yang membantu beliau menguruskan perniagaan ini.

Syarikat yang beroperasi di no 17 , Gombak Halamanda ini semakin dikenali di kalangan para peminat kraf bunga,wedding planner, event planner dan menjadi pembekal utama bunga-bunga giant flowers bagi dekorasi majlis istimewa.

 

Produk Produk Husna Creation

 

1.GIANT FLOWERS
Pengkhususan Husna Creations ialah dalam menghasilkan giant flowers buatan tangan.Sebahagian besar bunga giant flowers ini adalah rekaan Puan Husna sendiri ada juga bunga-bunga yang diimprovise daripada in ternet.Beliau melihat produk giant flowers ini biasanya popular di luar negara dan kurang dihasilkan oleh anak tempatan.

Terdapat pelbagai jenis giant flowers yang dihasilkan seperti Peony, Rose, Lavender, Dahlias malahan customers boleh mencadangkan jenis bunga yang diingini Husna Creations akan cuba menghasilkannya.Giant flowers ini available dalam pelbagai saiz daripada xtrasmall 8 inci ke extralarge melebihi 3 kaki.

Kegunaan giant flowers ini antaranya untuk:

  • Wedding decorations
  • Commercial product shooting
  • Corporate event
  • Birthday / surprise party
  • Wall / Home decorations
  • Education kit